Isu minum arak di kalangan remaja terutama remaja islam adalah isu yang amat perlu dititiikberatkan. Ini adalah bukan sahaja melibatkan tentang moral atau etika sahaja, malah ianya melibatkan hukum agama. Budaya minum arak di kalangan remaja melayu atau islam, telah menjadi satu kebiasaan kepada golongan tersebut. Malah, ada kes yang sampai tanpa segan silu minum secara terbuka. Walaupun ditangkap oleh majlis agama, ianya seakan tidak memberi kesan apa-apa langsung kepada golongan tersebut.
Kebiasaannya, ianya berlaku di kawasan bandar besar atau kawasan yang tertumpu dengan pembangunan yang pesat. Peniaga yang menjual minuman keras secara haram turut menjadi penyumbang kepada permasalahan ini kerana minuman tersebut senang diperolehi. Walau bagaimanapun, titik permasalahan berlakunya budaya minum arak ini adalah berpunca dari remaja tersebut. Bagi remaja islam, apabila tiada lagi pegangan agama dalam hidup mereka, tiada lagi di fikiran mereka soal dosa pahala bila menyentuh minuman syaitan tersebut tanpa rasa bersalah.
Masalah ini perlu ditangani dengan segera dan masyarakat perlu memberikan perhatian yang sewajarnya bagi menangani isu ini. Budaya minum araki yang tidak dihapuskan atau dibendung, pastinya akan mengundang kepada permasalahan lain pula seperti kes rogol, vandalism atau pergaduhan. Apabila ramaja tersebut sudah mabuk, pastinya remaja tersebut tak dapat berfikiran secara waras dan pastinya melakukan sesuatu luar daripada kawalannya. Ini pastinya merosakkan masa depan remaja tersebut.
Masyarakat perlu melakukan sesuatu bagi menangani masalah ini kerana remaja adalah harapan dan juga pemangkin kepada masa depan negara. Sekiranya akhlak remaja runtuh dan tiada lagi remaja yang berkualiti untuk memimpin negara suatu masa nanti, ianya merupakan satu kerugian yang besar kepada negara.